Sewaktu aku melibatkan diri dengan trail tempoh hari, ada aku nampak beberapa penunggang berpengalaman mengikat tali pada tayar. Aku pun dengan rasa ingin tahu bertanya “Bro, kenape ikat tali pada tayar ni..” dengan tenang dia memberi jawapan “untuk dapatkan lebih grip.. barulah tayar tu lagi gigit tanah..” aku pun tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda paham. Sebenarnya aku tak berapa jelas maksudnya tadi hinggalah aku sendiri melihat betapa membantunya “stopper” ni dalam aktiviti “trail” ini. Sungguh pun penggunaan tayar “offroad” dari jenama yang terkemuka tidak menjaminkan cengkaman yang kemas pada tanah liat. Tanah liat tidak mengenal mana tayar jenama mahal atau jenama murah. sejurus selepas tanah liat menutupi bunga tayar hilanglah cengkaman pada tanah dan membuat tayar berpusing setempat.

Tayar dah hilang cengkaman apa nk buat.. senyum dan ambil gambar..

Hilang bunga bila tanah liat dah penuh..

Penunggang berpengalaman yang menggunakan “stopper” nampak jelas kelebihannya ketika mendaki, nak bertukar longkang dan menuruni di curam. Cengkaman tayar dapat dilihat lebih berkesan berbanding tayar tanpa “stopper”.

Contoh pendakian berlongkang.. (gambar ni bukan di Malaysia)

Tapi ada seorang penunggang “otai” ni “stopper” D.I.Y menarik, kemas dan mudah dibawa kemana-mana.

Stopper in action..

D.I.Y Stopper (red arrow)..

“Stopper” ini dibuat dari barang terpakai iaitu rantai moto. Sesampai je ke destinasi, dengan tenang “otai” ni bukak “stopper” simpan dalam beg. Ianya sangat efektif dengan modal yang agak rendah. Balik dari trail tempoh hari aku balik saing “otai” ni. Disebabkan hujan yang agak lebat, kami singgah berteduh sebentar. Masa ni la “otai” memberitahu aku macam mana buat “stopper” ni. Aku dengar dengan teliti sambil cuba membayangkan maksud “otai”. Kini, aku dalam proses mengumpul barang-barang untuk membuat “stopper”..