Archives for posts with tag: klx 150s

Sehari sebelum pergi Mega Trail 2012 Kemensah Langat, tetiba aku terasa macam nk tukar warna tunggangan ku. Setelah berfikir sejenak, warna merah menjadi pilihan. Di sebabkan aku ni jenis suka buat sendiri (tertakluk kepada perkara-perkara yang diketahui asas sahaja) jadi aku pun dengan pantas ke kedai “hardware” untuk membeli semburan warna tin.

Spray botol cap Anchor..

Kod Warna : 5

Warna : “Primer Surface grey”

Kegunaan : Undercoat

Kod warna : 33

Warna : Merah

Kegunaan : Warna yang dikehendaki

Kod warna : 1

Warna : Clear

Kegunaan : Memastikan ketahanan

Harga Sebotol : RM 7.90

Jumlah : RM 20.00 (selepas diskaun)

Sesampai dirumah aku pun memulakan kerja-kerja penukaran warna tunggangan ku.

Sebelum proses transformasi..

Langkah pertama, aku buka dan basuh “cover set” kemudian pastikan semua permukaannya kering. Lokasi penyemburan di belakang rumah.

Cover set yang telah dibersihkan.. ekor cap tiruan tu yg kaler kusam..

Langkah Kedua, beberapa lapis “undercoat” disemburkan.

Lapisan demi lapisan..

Pastikan semburan dibuat satu arah dan pastikan tiada angin. Mulakan semburan dengan lapisan yang nipis. setelah kering, sembur lagi sehingga rata keseluruhannya. Semburan yang terlalu tebal boleh membuat cat meleleh.

Lagi lapisan..

Dan lagi..

Langkah ketiga, semburan warna yang dikehendaki di sembur setelah “undercoat” kering.

Nipis dan warna "undercoat" masih kelihatan..

Seperti langkah semburan “undercoat” lapisan nipis demi lapisan di semburkan.

Lagi lapisan hingga "undercoat" tidak kelihatan..

Dan terus kan lagi beberapa lapisan untuk memastikan semburan rata dibuat.

Langkah keempat, semburan warna “clear”.

clear lapisan demi lapisan..

Langkah semburan yang sama seperti 2 langkah sebelum ni, ambil masa sedikit dan lakukan lapisan nipis demi lapisan.

Semburan terakhir clear..

“Cover set” yang telah diap di sembur di bawa masuk dan diletak kan di bilik untuk process pengeringan.

Proses pengeringan..

Bagi memastikan (pada pendapat aku) hasil yang lebih memuaskan hati, pastikan :-

  • kawasan semburan terhalang dari angin (habuk boleh merosakan permukaan, semburan tidak tepat)
  • warna yang dikehendaki hendaklah lebih dari satu botol
  • Pastikan warna “clear” yang berkualiti (aku baru tau) bagi memastikan keberkesanannya
  • Cuaca yang cerah
  • Masa yang panjang (semburan nipis boleh dibuat banyak kali)

Dan ini hasilnya.. (gambar selepas balik dari trail- agak comot tunggangan ku)

Hasil Transformasi..

 

 

Aku ada plan nak tukar warna lagi dan aku akan cuba dari cap lain pula..

InsyaAllah..

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba walaupun aku masih belum bersedia sepenuhnya tetapi hatiku meronta-ronta mendesak untuk mengambil tempat bersama penunggang-penunggang yang lebih berpengalaman mengharungi hutan bersama KLX ku. Pada

Hari: Ahad

Tarikh : 18hb MArch 2012

Waktu : 9:00 am

Bertempat : Depan Zoo Negara

link: http://www.klx150malaysia.com/post10184.html#p10184

pembukaan aktiviti menjelajah hutan bagi tahun 2012. Walaubagaimana dalam keseronokan ada beberapa langkah keselamatan bagi penunggang mentah macam aku ni. Mengikut kata penunggang yang biasa dengan aktiviti ini bekalan yang harus dibawa adalah cokelat/power bar/roti. Yang lain-lain aku rasa mesti penunggang senior ada bawak dan pastikan hp dicas sepenuhnya. Check kondisi tayar depan dan belakang, brek, dan pendek kata tunggangan mestilah dalam keadaan baik. Motor aku Insyaallah baik semua pasal standard. Aspek keselamatan diri juga perlu diambil kira. Kit keselamatan hendaklah digunakan terutama penunggang baru macam aku.

 

Insyaallah aku akan post pengalaman aku sesusah baliknya aku dari trail kemensah tu nanti.

Bersambung…