Archives for category: Motorsikal

Sticker MegaTrail 2012

Satu pengalaman baru buat diri ku. Permulaan hidup ku dengan aktiviti sukan lasak permotoran. Tempat berhimpun/berjumpa di Zoo Negara, Melawati.

Antara Sebahagian Tunggangan..

Terus terang aku katakan, pagi tu aku agak seram sebab ni buat kali pertama aku jumpa ngan penungang-penungang “Trail”. Sebelum ni aku hanya dapat maklumat mengenai “Offroad” dari forum KLX 150s Malaysia dan tak penah ada kesempatan nk berjumpa walaupun waktu TT (teh tarik session). Tetapi keramahan yang ditunjukan oleh penunggang-penunggang yang lebih lama membuatkan orang baru macam aku rasa selesa macam tak kenal lama. Setelah semua penunggang-penunggang sampai, kami pun bertolak ke pintu masuk cabaran di Kemensah.

aku..

Disinilah tempat yang membuat aku makin terasa debaran. Penunggang-penunggang baru macam aku ada lah dalam 15%  . Penunggang-penunggang baru perlu memberitahu status kerana :-

  • mudah bagi penunggang senior (pecahan kumpulan)
  • memastikan keselamatan
  • berkongsi informasi

Dan motosikal – motosikal penunggang baru di “inspect” oleh penunggang lama dan motorsikal aku belum buka getah “foot rest”. Ini boleh mendatangkan masalah ketika didalam hutan disebabkan oleh licin. Setelah semua berada didalam keadaan bersedia. Maka  bermula lah “Mega Trail Kemensah – Hulu Langat 2012”.

Gambar yang sempat diambil diawal perjalanan..

Antara penunggang senior yang banyak membantu..

Harap maaf tentang kualiti gambar yang kurang baik yang disebabkan oleh :-

  • peranti (camera phone)
  • tangan bergetar (kepenatan)

Tiap-tiap kali berhenti aku akan ambil kesempatan ini untuk minta sedikit tips dan pendapat mengenail “trail” dari penunggang yang berpengalaman. Dari teknik tunggangan hinggalah teknikal motorsikal.

Turun sungai.. panjat balak.. panjat tebing tanah..

Anak sungai yang diredah, balak dan tebing yang perlu didaki. Sebotol 500ml air aku sudah habis, tambah dengan air sungai ini. Masuk je, botol air terus berpeluh macam baru kuar peti ais da.

Tukar rantai motosikal yang putus..

Kat sini la juga baru aku tahu yang “Cover Sprocket” harus dibuka bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Dengan pantas aku menggunakan alatan yang dibawa penunggang yang berpengalaman untuk membuka “cover sprocket” tunggangan aku.

Gambar terakhir yang sempat diambil sebelum aku pass (tumpang) beg aku yang koyak pada penunggang lain untuk tolong bawa. Jam hampir mencecah jam 4, kami berjaya sampai ke Sungai Congkak, Ulu Langat. Perasan ketika dah sampai tak dapat aku nak gambarkan denga kata-kata. Senyuman lega, kepuasan, keseronokan, kepuasan dan syukur. Barulah aku nampak kuasa motorsikal aku. Alhamdullilah walaupun jatuh mendaki berkali-kali, jatuh turun berkali-kali, dan langgar pokok sekali, aku dan tunggangan ku selamat sampai ke destinasi. Bantuan dari penunggang – penunggang yang berpengalaman banyak membantu aku menghabiskan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi. Selesai berehat sebentak di sungai congkak, kami pun bergerak pulang. Hujan yang turun dalam perjalanan pulang sedikit sebanyak membantu membersihkan sikit motosikal ku yang comot dengan lumpur.

Pengajaran dari pengalaman:-

  • Pastikan perut diisi secukupnya sebelum masuk dan bawa sedikit bekal (untuk tenaga)
  • Pastikan getah “foot rest” dan “cover Sprocket” dibuka
  • Bagi mengelakan “clutch” terbakar, jangan sesekali main “clutch” ketika mendaki dikhuatiri “clutch” terbakar.
  • Elak menggunakan brek hadapan ketika menuruni cerun (mungkin orang lain tak buat, tapi aku ada buat tu yang jatuh tu)
  • Berdiri untuk mengimbangi motorsikal sekiranya tunggangan tidak stabil
  • Bunga tayar yang masih dalam keadaan baik.

Yang pasti aku akan kehutan lagi bersama tunggangan ku di masa hadapan.. InsyaAllah..

KLX Merah ku selepas sampai dirumah..

Lumpur yang ku bawa berjalan..

Bersambung…

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba walaupun aku masih belum bersedia sepenuhnya tetapi hatiku meronta-ronta mendesak untuk mengambil tempat bersama penunggang-penunggang yang lebih berpengalaman mengharungi hutan bersama KLX ku. Pada

Hari: Ahad

Tarikh : 18hb MArch 2012

Waktu : 9:00 am

Bertempat : Depan Zoo Negara

link: http://www.klx150malaysia.com/post10184.html#p10184

pembukaan aktiviti menjelajah hutan bagi tahun 2012. Walaubagaimana dalam keseronokan ada beberapa langkah keselamatan bagi penunggang mentah macam aku ni. Mengikut kata penunggang yang biasa dengan aktiviti ini bekalan yang harus dibawa adalah cokelat/power bar/roti. Yang lain-lain aku rasa mesti penunggang senior ada bawak dan pastikan hp dicas sepenuhnya. Check kondisi tayar depan dan belakang, brek, dan pendek kata tunggangan mestilah dalam keadaan baik. Motor aku Insyaallah baik semua pasal standard. Aspek keselamatan diri juga perlu diambil kira. Kit keselamatan hendaklah digunakan terutama penunggang baru macam aku.

 

Insyaallah aku akan post pengalaman aku sesusah baliknya aku dari trail kemensah tu nanti.

Bersambung…

 

 

“Supermoto” atau “Supermotard” adalah motorsikal perlumbaan bagi litar yang mempunyai 3 jenis permukaan yang berbeza iaitu trek rata, motocross  dan perlumbaan dan menggunakan motorsikal yang tertentu.  Pada awalnya “supermoto” adalah perlumbaan bagi juara-juara dari kelas yang berbeza (motocross, road racing and flat track) berlumba bagi merebut juara keseluruhan. Kini “supermoto” mempunyai kelas yang tersendiri dan tiada lagi juara dari kelas yang lain merebut gelaran juara “supermoto”.

Super Motard

Perlumbaan supermoto kebiasaannya diadakan di atas litar berturap (tarmac) go-kart dan digabung dengan sebagian kecil litar motrocross dengan kadar 70% berturap dan 30% motocross. Walau bagaimana pun di Malaysia buat masa ini, perlumbaan supermoto diadakan di litar ko-gart dimana 100% berturap (tarmac). Activiti supermoto di Malaysia agak meriah walaupun sukan ini masih baru.

Kini terdapat banyak jenis model didalam pasaran yang mampunyai spesifikasi supermoto antaranya:-

Dan banyak lagi model lain yang berkuasa tinggi antaranya : –

Tepuk dada tanya selera. Pelbagai model boleh diperolehi oleh peminat-peminat “supermoto” tanah air bermula dari harga RM 5000++ hingga ke puluhan ribu mengikut pembuat dan kapasiti enjin. Kesemua jenis motocross mempunyai kemampuan untuk diubah menjadi “supermoto”. Secara amnya sebuah motocross hanya perlu menukar rim dan tayar jalan (on road) untuk menjadi “supermoto”.

Kepada semua peminat “supermoto” tanah air, majulah sukan untuk negara.