Archives for category: ATV

Minggu ini adalah minggu gayat bagi perjalanan aku menimba pengalaman bersama ATV. Di atas desakan keadaan dan keinginan merejam ATV yang membuak-buak, aku diberi pendedahan di litar “Motocross”. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai (seseorang yang telah bertahun lama  dalam perkembangan ATV Malaysia) pendekatan permainan ATV di litar adalah agak terhad disebabkan oleh faktor kurangnya litar dan kos penyelegaraan yang tinggi.

Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti ATV, pastikan ATV dalam keadaan baik. Rantai dalam keadaan beminyak dengan ketegangan yang sesuai, semua skru diikat rapi, minyak enjin yang cukup, kondisi tayar yang baik dan gris yang cukup. Ini untuk memastikan perjalanan permainan ATV kita lancar tanpa sebarang masalah teknikal ketika di litar atau lain-lain tempat. Selesai bab jentera, masuk bab keselamatan. Keselamatan adalah isu yang paling penting kerana :-

1 – Insuran tidak melindungi aktiviti seperti ini

2 – Esok lusa nak main lagi, bukan sekali ini sahaja

3- Meningkatkan kadar keyakinan ketika merejam

Keselamatan = Helmet + Boots* + Glove + Knee and shin guard + Body armor*

(*belum ada lagi)

motocross-riding-gear-and-clothes

Selesai 2 bab penting sebelum memulakan aktiviti, aku sudah bersedia untuk pengalaman baru ATV ku di litar.  Seperti biasa sebelum merejam, sudah dijadikan amalan untuk pusing litar dan menjenguk keadaan litar. Dikhuatiri ada objek-objek merbahaya yang mampu memberi masalah kemudian hari.

ATV Battle

Selesai 2 lap menjenguk litar, berhenti seketika untuk membasah tekak dan mulanya aktiviti merejam. Untuk permulaan aku diajar cara untuk melompat dan pada asasnya lebih kurang sama seperti melompat motocross. Bahagian hadapan ATV akan menjunam sekiranya brek ditekan di udara dan sebaliknya sekiranya minyak ditekan bahagian hadapan ATV akan mendongak. Ini penting kerana ia menentukan pendaratan anda. Untuk lap yang awal pengalam orang lama digunakan untuk mengenal pasti kelajuan dan gear yang sesuai bagi setiap lompatan. Selepas dikenal pasti, aku di beri taklimat ringkas oleh orang yang lebih berpengalaman tentang kelajuan dan gear yang sesuai untuk setiap lompatan. Kemudian bermulalah..

ATV Jump 2Jumper#1

ATV Jump 3                                         Jumper#2

Lihat perbezaan gambar diatas:-

Jumper#1 : Kelajuan yang agak kurang, penggunaan minyak yang kurang, keyakinan yang kurang

Jumper#2 : Kelajuan yang bersesuaian, penggunaan minyak yang tepat, lebih yakin

Keyakinan juga faktor penting dalam permainan ATV terutama ketika ingin membuat lompatan. Sifat teragak-agak sebelum melompat boleh mengundang bahaya kepada penunggang. Sebagai contoh sekiranya kecerunannya bonggol tinggi, penunggang sama sekali perlu memastikan bahagian hadapan ATV tidak menjunam dan sekiranya ianya terjadi, risiko untuk kemalangan kepada penunggang dan kerosakan kepada jentera adalah tinggi.

ATV Jump

Tahap kecergasan perlu diambil kira dalam permainan ATV ini. Lebih kurang 3 lap (350 – 400 meter/lap), kepenatan sudah mula dirasai. Tangan aku sudah mula terasa lenguh-lenguh. Tapi disebabkan kekuatan mental yang tinggi, aku teruskan juga dan separuh jalan aku kembali ke tempat permulaan kerana kawalan kurang menjadi. Apa yang aku cuba kongsi walaupun kita menunggang dan merasakan kecergasan adalah faktor yang boleh diperlekehkan adalah salah sama sekali. Tangan yang lenguh membuat “handle” terasa sangat berat dan nafas jadi x cukup membuat oksigen kurang ke otak dan membuat tunggangan yang tidak lancar.

Akhir kata bagi post kali ini:-

  • Keselamatan adalah wajib/mesti : Helmet + Gloves +Boots +Body Armor.
  • Pastikan jentera dalam keadaan sempurna sebelum memulakan aktiviti.
  • Tahap kecergasan yang bersesuaian bagi mengelakan anda pancit dipertengahan aktiviti merejam.

Bersama Kita Majukan Sukan ATV Malaysia.

Advertisements

Akhirnya dapat mencari kesempatan untuk menulis diruangan ini. Sejak kebelakangan ini hobi aku agak cenderung kearah ATV (All-terrain vehicle). Untuk mengetahui lebih lanjut pasal ATV anda boleh layari internet. Ada banyak laman yang menceritakan pasal ATV. Saya hanya permain baru dalam arena ATV di Malaysia.

Kebiasaannya bila bercakap pasal ATV dikalangan kawan-kawan, permahaman/maklum balas yang diterima adalah jejak ATV (ATV Trail) adalah yang porpular dikalangan kawan-kawan. Ada yang mencuba di Kemensah (belakang zoo negara) yang rata-rata seronok menikmati keindahan alam sambil menimba pengalaman baru menunggan ATV. Tidak kurang juga mencuba di Gambang Water Park,  Sunway xtreme park dan resort lain yang menyediakan ATV untuk disewa.

Jadi tatkala minat terhadap ATV semakin memuncak, nafsu untuk mencuba menungang ATV tidak dapat dibendung lagi. Dengan bantuan beberapa kenalan dan taulan, bermulalah episod ATV ku..

ATV WROKK

Yang menariknya, pendedahan awal berkaitan ATV adalah trek dan bukan trail. Baru aku ketahui, ATV mempunyai banyak cara untuk menikmati tungganganya ada jejak(trail), Trek(Track) and pelbagai lagi. Informasi diperolehi dari orang yang agak berpengalaman dalam sukan ATV di Malaysia, Terengganu ada mempunyai pantai yang boleh digunakan untuk menunggang ATV. Satu hari nanti akan ku menimba pengalaman ATV di Terengganu.

QuadTek HD150

Masih banyak ilmu atau hal ehwal berkaitan dengan ATV yang perlu ditimba. Sehingga berjumpa lagi di “post” yang akan datang.