Bandung, terletak di Jawa Barat Indonesia. Bandar yang paling sejuk di Indonesia. Nama lain Bandung yang diberikan oleh orang Belanda “Paris Van Java”. Mengikut kata pembantu aku di Bandung Angga, nama ni diberikan kerana persekitaran di Bandung diera Belanda menyerupai Paris. Jadi Belanda menamakan Kota Paris di Tanah Jawa atau “Paris Van Java”.

Sudah beberapa kali aku ke Bandung tapi baru sekarang mempunyai kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan pendapatan peribadiku berkaitan Kota Bandung. Sudah banyak perkhidmatan kapal terbang awam ke Bandung, tetapi buat masa ini Air Asia yang selalu aku gunakan.

Lapangan Terbang Di Bandung

Lapangan Terbang Di Bandung

Perjalanan bermula di KLIA2 dan mengambil masa 1jam 45 minit ke 2 jam untuk sampai ke Bandung. Tapi anda akan merasa perjalanan lebih singkat kerana zon masa di Bandung lewat satu jam berbanding Kuala Lumpur. Sekiranya anda bertolak dari KLIA2 jam 7 pagi, anda akan sampai di Bandung Jam 8 pagi waktu Bandung. Pembantu/Supir aku uruskan sebelum ke Bandung, jadi sesampai di Bandung, pembantu ku Angga sudah menunggu. Kepada 1st timer, mereka akan memegang kertas tertera nama anda di pintu keluar lapangan terbang.

Pembantu ku di Bandung Angga : +62 821 2014 7598 Call dan wassup

Pembantu ku di Bandung Angga : +62 821 2014 7598
Call dan wassup

Serba sedikit pasal Angga, orangnya sederhana tinggi dan fasih berbahasa Malaysia. Yang seronoknya pasal Angga ni, dia anak kelahiran Bandung, jadi dia sangat mengetahui selok belok Kota Bandung. Kepada perempuan dan wanita yang ingin shopping di Bandung, Angga sangat membantu dari segi tempat makan yang sesuai, harga yang berpatutan dan Angga akan membantu mengangkat barang anda bagi memudahkan proses membeli belah. Saya amat menggalakan kepada sesiapa ingin ke Bandung, aturlah hotel dan pembantu anda sebelum ke Bandung. Anda bole hubungi Angga terus atau wassup dahulu di talian +62 821-2014-7598. Ramai pelancong Malaysia yang akan terus berurusan dengan Angga selepas mendapatkan khidmatnya buat kali pertama kerana keselesaan dan kejujuran yang ditunjukan oleh Angga. Untuk pengetahuan pembaca, Angga tidak akan menjemput anda di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara dengan kereta Chevy Impala diatas, gambar diatas diambil disalah satu hotel budget yang aku pergi.

Angga dengan MPV nya

Angga dengan MPV nya

Secara amnya, kebanyakan pelancong ke Bandung adalah dari Malaysia dan hampir kesemuanya ke kota Bandung ini untuk menikmati permandangan dan membeli belah. Aku akan kembali menceritakan aktiviti yang bole dibuat di kota Bandung.

Advertisements

Minggu ini adalah minggu gayat bagi perjalanan aku menimba pengalaman bersama ATV. Di atas desakan keadaan dan keinginan merejam ATV yang membuak-buak, aku diberi pendedahan di litar “Motocross”. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai (seseorang yang telah bertahun lama  dalam perkembangan ATV Malaysia) pendekatan permainan ATV di litar adalah agak terhad disebabkan oleh faktor kurangnya litar dan kos penyelegaraan yang tinggi.

Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti ATV, pastikan ATV dalam keadaan baik. Rantai dalam keadaan beminyak dengan ketegangan yang sesuai, semua skru diikat rapi, minyak enjin yang cukup, kondisi tayar yang baik dan gris yang cukup. Ini untuk memastikan perjalanan permainan ATV kita lancar tanpa sebarang masalah teknikal ketika di litar atau lain-lain tempat. Selesai bab jentera, masuk bab keselamatan. Keselamatan adalah isu yang paling penting kerana :-

1 – Insuran tidak melindungi aktiviti seperti ini

2 – Esok lusa nak main lagi, bukan sekali ini sahaja

3- Meningkatkan kadar keyakinan ketika merejam

Keselamatan = Helmet + Boots* + Glove + Knee and shin guard + Body armor*

(*belum ada lagi)

motocross-riding-gear-and-clothes

Selesai 2 bab penting sebelum memulakan aktiviti, aku sudah bersedia untuk pengalaman baru ATV ku di litar.  Seperti biasa sebelum merejam, sudah dijadikan amalan untuk pusing litar dan menjenguk keadaan litar. Dikhuatiri ada objek-objek merbahaya yang mampu memberi masalah kemudian hari.

ATV Battle

Selesai 2 lap menjenguk litar, berhenti seketika untuk membasah tekak dan mulanya aktiviti merejam. Untuk permulaan aku diajar cara untuk melompat dan pada asasnya lebih kurang sama seperti melompat motocross. Bahagian hadapan ATV akan menjunam sekiranya brek ditekan di udara dan sebaliknya sekiranya minyak ditekan bahagian hadapan ATV akan mendongak. Ini penting kerana ia menentukan pendaratan anda. Untuk lap yang awal pengalam orang lama digunakan untuk mengenal pasti kelajuan dan gear yang sesuai bagi setiap lompatan. Selepas dikenal pasti, aku di beri taklimat ringkas oleh orang yang lebih berpengalaman tentang kelajuan dan gear yang sesuai untuk setiap lompatan. Kemudian bermulalah..

ATV Jump 2Jumper#1

ATV Jump 3                                         Jumper#2

Lihat perbezaan gambar diatas:-

Jumper#1 : Kelajuan yang agak kurang, penggunaan minyak yang kurang, keyakinan yang kurang

Jumper#2 : Kelajuan yang bersesuaian, penggunaan minyak yang tepat, lebih yakin

Keyakinan juga faktor penting dalam permainan ATV terutama ketika ingin membuat lompatan. Sifat teragak-agak sebelum melompat boleh mengundang bahaya kepada penunggang. Sebagai contoh sekiranya kecerunannya bonggol tinggi, penunggang sama sekali perlu memastikan bahagian hadapan ATV tidak menjunam dan sekiranya ianya terjadi, risiko untuk kemalangan kepada penunggang dan kerosakan kepada jentera adalah tinggi.

ATV Jump

Tahap kecergasan perlu diambil kira dalam permainan ATV ini. Lebih kurang 3 lap (350 – 400 meter/lap), kepenatan sudah mula dirasai. Tangan aku sudah mula terasa lenguh-lenguh. Tapi disebabkan kekuatan mental yang tinggi, aku teruskan juga dan separuh jalan aku kembali ke tempat permulaan kerana kawalan kurang menjadi. Apa yang aku cuba kongsi walaupun kita menunggang dan merasakan kecergasan adalah faktor yang boleh diperlekehkan adalah salah sama sekali. Tangan yang lenguh membuat “handle” terasa sangat berat dan nafas jadi x cukup membuat oksigen kurang ke otak dan membuat tunggangan yang tidak lancar.

Akhir kata bagi post kali ini:-

  • Keselamatan adalah wajib/mesti : Helmet + Gloves +Boots +Body Armor.
  • Pastikan jentera dalam keadaan sempurna sebelum memulakan aktiviti.
  • Tahap kecergasan yang bersesuaian bagi mengelakan anda pancit dipertengahan aktiviti merejam.

Bersama Kita Majukan Sukan ATV Malaysia.

Akhirnya dapat mencari kesempatan untuk menulis diruangan ini. Sejak kebelakangan ini hobi aku agak cenderung kearah ATV (All-terrain vehicle). Untuk mengetahui lebih lanjut pasal ATV anda boleh layari internet. Ada banyak laman yang menceritakan pasal ATV. Saya hanya permain baru dalam arena ATV di Malaysia.

Kebiasaannya bila bercakap pasal ATV dikalangan kawan-kawan, permahaman/maklum balas yang diterima adalah jejak ATV (ATV Trail) adalah yang porpular dikalangan kawan-kawan. Ada yang mencuba di Kemensah (belakang zoo negara) yang rata-rata seronok menikmati keindahan alam sambil menimba pengalaman baru menunggan ATV. Tidak kurang juga mencuba di Gambang Water Park,  Sunway xtreme park dan resort lain yang menyediakan ATV untuk disewa.

Jadi tatkala minat terhadap ATV semakin memuncak, nafsu untuk mencuba menungang ATV tidak dapat dibendung lagi. Dengan bantuan beberapa kenalan dan taulan, bermulalah episod ATV ku..

ATV WROKK

Yang menariknya, pendedahan awal berkaitan ATV adalah trek dan bukan trail. Baru aku ketahui, ATV mempunyai banyak cara untuk menikmati tungganganya ada jejak(trail), Trek(Track) and pelbagai lagi. Informasi diperolehi dari orang yang agak berpengalaman dalam sukan ATV di Malaysia, Terengganu ada mempunyai pantai yang boleh digunakan untuk menunggang ATV. Satu hari nanti akan ku menimba pengalaman ATV di Terengganu.

QuadTek HD150

Masih banyak ilmu atau hal ehwal berkaitan dengan ATV yang perlu ditimba. Sehingga berjumpa lagi di “post” yang akan datang.

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd menganjurkan kempen menderma darah bagi tahun 2012 bertempat di Subang Parade pada 14hb April 2012 dengan kerjasama Pusat Darah Negara dan Subang Parade.

Image

Khidmat masyarakat seperti ini harus diambil sebagai contoh kepada organisasi-organisasi yang lain. Saya percaya ramai penderma diluar sana, permasalahannya mereka tidak tahu platform yang boleh digunakan untuk melibatkan diri sebagai pernderma. Dengan adanya program-program khidmat masyarakat seperti ini dapat menyediakan saluran kepada orang ramai untuk tampil membantu. Kredit juga harus diberikan kepada pihak Pengurusan Subang Parade yang turut bersama membantu bagi menjayakan kempen khidmat masyarakat ini. Subang Parade sebagai salah sebuah kompleks  membeli-belah yang menjadi tumpuan ramai adalah pilihan bijak bagi mengadakan aktiviti seperti ini.

Layakah anda menderma?

Image

Pada hari tersebut, pastikan anda mengambil makanan secukupnya sebelum menderma. Sekiranya anda merancang untuk menderma di waktu pagi, sila pastikan anda mengambil sarapan. Dikhuatiri anda lemah dan tidak bertenaga selepas menderma sekiranya anda tidak mengambil makanan sebelum menderma. Anda tidak perlu menjadi doktor untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Hanya perlu ke Subang Parade pada 14hb April 2012 ini dari jam 10 pagi hingga 6 petang untuk menderma darah.

Tahukah anda 1 bag darah yang didermakan mampu untuk membantu menyelamatkan 3 nyawa?

Untuk maklumat lanjut sila layari : – http://www.kawasaki.com.my/index.php?do=events&content_id=263

Sewaktu aku melibatkan diri dengan trail tempoh hari, ada aku nampak beberapa penunggang berpengalaman mengikat tali pada tayar. Aku pun dengan rasa ingin tahu bertanya “Bro, kenape ikat tali pada tayar ni..” dengan tenang dia memberi jawapan “untuk dapatkan lebih grip.. barulah tayar tu lagi gigit tanah..” aku pun tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda paham. Sebenarnya aku tak berapa jelas maksudnya tadi hinggalah aku sendiri melihat betapa membantunya “stopper” ni dalam aktiviti “trail” ini. Sungguh pun penggunaan tayar “offroad” dari jenama yang terkemuka tidak menjaminkan cengkaman yang kemas pada tanah liat. Tanah liat tidak mengenal mana tayar jenama mahal atau jenama murah. sejurus selepas tanah liat menutupi bunga tayar hilanglah cengkaman pada tanah dan membuat tayar berpusing setempat.

Tayar dah hilang cengkaman apa nk buat.. senyum dan ambil gambar..

Hilang bunga bila tanah liat dah penuh..

Penunggang berpengalaman yang menggunakan “stopper” nampak jelas kelebihannya ketika mendaki, nak bertukar longkang dan menuruni di curam. Cengkaman tayar dapat dilihat lebih berkesan berbanding tayar tanpa “stopper”.

Contoh pendakian berlongkang.. (gambar ni bukan di Malaysia)

Tapi ada seorang penunggang “otai” ni “stopper” D.I.Y menarik, kemas dan mudah dibawa kemana-mana.

Stopper in action..

D.I.Y Stopper (red arrow)..

“Stopper” ini dibuat dari barang terpakai iaitu rantai moto. Sesampai je ke destinasi, dengan tenang “otai” ni bukak “stopper” simpan dalam beg. Ianya sangat efektif dengan modal yang agak rendah. Balik dari trail tempoh hari aku balik saing “otai” ni. Disebabkan hujan yang agak lebat, kami singgah berteduh sebentar. Masa ni la “otai” memberitahu aku macam mana buat “stopper” ni. Aku dengar dengan teliti sambil cuba membayangkan maksud “otai”. Kini, aku dalam proses mengumpul barang-barang untuk membuat “stopper”..

Sehari sebelum pergi Mega Trail 2012 Kemensah Langat, tetiba aku terasa macam nk tukar warna tunggangan ku. Setelah berfikir sejenak, warna merah menjadi pilihan. Di sebabkan aku ni jenis suka buat sendiri (tertakluk kepada perkara-perkara yang diketahui asas sahaja) jadi aku pun dengan pantas ke kedai “hardware” untuk membeli semburan warna tin.

Spray botol cap Anchor..

Kod Warna : 5

Warna : “Primer Surface grey”

Kegunaan : Undercoat

Kod warna : 33

Warna : Merah

Kegunaan : Warna yang dikehendaki

Kod warna : 1

Warna : Clear

Kegunaan : Memastikan ketahanan

Harga Sebotol : RM 7.90

Jumlah : RM 20.00 (selepas diskaun)

Sesampai dirumah aku pun memulakan kerja-kerja penukaran warna tunggangan ku.

Sebelum proses transformasi..

Langkah pertama, aku buka dan basuh “cover set” kemudian pastikan semua permukaannya kering. Lokasi penyemburan di belakang rumah.

Cover set yang telah dibersihkan.. ekor cap tiruan tu yg kaler kusam..

Langkah Kedua, beberapa lapis “undercoat” disemburkan.

Lapisan demi lapisan..

Pastikan semburan dibuat satu arah dan pastikan tiada angin. Mulakan semburan dengan lapisan yang nipis. setelah kering, sembur lagi sehingga rata keseluruhannya. Semburan yang terlalu tebal boleh membuat cat meleleh.

Lagi lapisan..

Dan lagi..

Langkah ketiga, semburan warna yang dikehendaki di sembur setelah “undercoat” kering.

Nipis dan warna "undercoat" masih kelihatan..

Seperti langkah semburan “undercoat” lapisan nipis demi lapisan di semburkan.

Lagi lapisan hingga "undercoat" tidak kelihatan..

Dan terus kan lagi beberapa lapisan untuk memastikan semburan rata dibuat.

Langkah keempat, semburan warna “clear”.

clear lapisan demi lapisan..

Langkah semburan yang sama seperti 2 langkah sebelum ni, ambil masa sedikit dan lakukan lapisan nipis demi lapisan.

Semburan terakhir clear..

“Cover set” yang telah diap di sembur di bawa masuk dan diletak kan di bilik untuk process pengeringan.

Proses pengeringan..

Bagi memastikan (pada pendapat aku) hasil yang lebih memuaskan hati, pastikan :-

  • kawasan semburan terhalang dari angin (habuk boleh merosakan permukaan, semburan tidak tepat)
  • warna yang dikehendaki hendaklah lebih dari satu botol
  • Pastikan warna “clear” yang berkualiti (aku baru tau) bagi memastikan keberkesanannya
  • Cuaca yang cerah
  • Masa yang panjang (semburan nipis boleh dibuat banyak kali)

Dan ini hasilnya.. (gambar selepas balik dari trail- agak comot tunggangan ku)

Hasil Transformasi..

 

 

Aku ada plan nak tukar warna lagi dan aku akan cuba dari cap lain pula..

InsyaAllah..

Sticker MegaTrail 2012

Satu pengalaman baru buat diri ku. Permulaan hidup ku dengan aktiviti sukan lasak permotoran. Tempat berhimpun/berjumpa di Zoo Negara, Melawati.

Antara Sebahagian Tunggangan..

Terus terang aku katakan, pagi tu aku agak seram sebab ni buat kali pertama aku jumpa ngan penungang-penungang “Trail”. Sebelum ni aku hanya dapat maklumat mengenai “Offroad” dari forum KLX 150s Malaysia dan tak penah ada kesempatan nk berjumpa walaupun waktu TT (teh tarik session). Tetapi keramahan yang ditunjukan oleh penunggang-penunggang yang lebih lama membuatkan orang baru macam aku rasa selesa macam tak kenal lama. Setelah semua penunggang-penunggang sampai, kami pun bertolak ke pintu masuk cabaran di Kemensah.

aku..

Disinilah tempat yang membuat aku makin terasa debaran. Penunggang-penunggang baru macam aku ada lah dalam 15%  . Penunggang-penunggang baru perlu memberitahu status kerana :-

  • mudah bagi penunggang senior (pecahan kumpulan)
  • memastikan keselamatan
  • berkongsi informasi

Dan motosikal – motosikal penunggang baru di “inspect” oleh penunggang lama dan motorsikal aku belum buka getah “foot rest”. Ini boleh mendatangkan masalah ketika didalam hutan disebabkan oleh licin. Setelah semua berada didalam keadaan bersedia. Maka  bermula lah “Mega Trail Kemensah – Hulu Langat 2012”.

Gambar yang sempat diambil diawal perjalanan..

Antara penunggang senior yang banyak membantu..

Harap maaf tentang kualiti gambar yang kurang baik yang disebabkan oleh :-

  • peranti (camera phone)
  • tangan bergetar (kepenatan)

Tiap-tiap kali berhenti aku akan ambil kesempatan ini untuk minta sedikit tips dan pendapat mengenail “trail” dari penunggang yang berpengalaman. Dari teknik tunggangan hinggalah teknikal motorsikal.

Turun sungai.. panjat balak.. panjat tebing tanah..

Anak sungai yang diredah, balak dan tebing yang perlu didaki. Sebotol 500ml air aku sudah habis, tambah dengan air sungai ini. Masuk je, botol air terus berpeluh macam baru kuar peti ais da.

Tukar rantai motosikal yang putus..

Kat sini la juga baru aku tahu yang “Cover Sprocket” harus dibuka bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dibuat sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Dengan pantas aku menggunakan alatan yang dibawa penunggang yang berpengalaman untuk membuka “cover sprocket” tunggangan aku.

Gambar terakhir yang sempat diambil sebelum aku pass (tumpang) beg aku yang koyak pada penunggang lain untuk tolong bawa. Jam hampir mencecah jam 4, kami berjaya sampai ke Sungai Congkak, Ulu Langat. Perasan ketika dah sampai tak dapat aku nak gambarkan denga kata-kata. Senyuman lega, kepuasan, keseronokan, kepuasan dan syukur. Barulah aku nampak kuasa motorsikal aku. Alhamdullilah walaupun jatuh mendaki berkali-kali, jatuh turun berkali-kali, dan langgar pokok sekali, aku dan tunggangan ku selamat sampai ke destinasi. Bantuan dari penunggang – penunggang yang berpengalaman banyak membantu aku menghabiskan perjalanan dan selamat sampai ke destinasi. Selesai berehat sebentak di sungai congkak, kami pun bergerak pulang. Hujan yang turun dalam perjalanan pulang sedikit sebanyak membantu membersihkan sikit motosikal ku yang comot dengan lumpur.

Pengajaran dari pengalaman:-

  • Pastikan perut diisi secukupnya sebelum masuk dan bawa sedikit bekal (untuk tenaga)
  • Pastikan getah “foot rest” dan “cover Sprocket” dibuka
  • Bagi mengelakan “clutch” terbakar, jangan sesekali main “clutch” ketika mendaki dikhuatiri “clutch” terbakar.
  • Elak menggunakan brek hadapan ketika menuruni cerun (mungkin orang lain tak buat, tapi aku ada buat tu yang jatuh tu)
  • Berdiri untuk mengimbangi motorsikal sekiranya tunggangan tidak stabil
  • Bunga tayar yang masih dalam keadaan baik.

Yang pasti aku akan kehutan lagi bersama tunggangan ku di masa hadapan.. InsyaAllah..

KLX Merah ku selepas sampai dirumah..

Lumpur yang ku bawa berjalan..

Bersambung…

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba walaupun aku masih belum bersedia sepenuhnya tetapi hatiku meronta-ronta mendesak untuk mengambil tempat bersama penunggang-penunggang yang lebih berpengalaman mengharungi hutan bersama KLX ku. Pada

Hari: Ahad

Tarikh : 18hb MArch 2012

Waktu : 9:00 am

Bertempat : Depan Zoo Negara

link: http://www.klx150malaysia.com/post10184.html#p10184

pembukaan aktiviti menjelajah hutan bagi tahun 2012. Walaubagaimana dalam keseronokan ada beberapa langkah keselamatan bagi penunggang mentah macam aku ni. Mengikut kata penunggang yang biasa dengan aktiviti ini bekalan yang harus dibawa adalah cokelat/power bar/roti. Yang lain-lain aku rasa mesti penunggang senior ada bawak dan pastikan hp dicas sepenuhnya. Check kondisi tayar depan dan belakang, brek, dan pendek kata tunggangan mestilah dalam keadaan baik. Motor aku Insyaallah baik semua pasal standard. Aspek keselamatan diri juga perlu diambil kira. Kit keselamatan hendaklah digunakan terutama penunggang baru macam aku.

 

Insyaallah aku akan post pengalaman aku sesusah baliknya aku dari trail kemensah tu nanti.

Bersambung…

 

 

“Supermoto” atau “Supermotard” adalah motorsikal perlumbaan bagi litar yang mempunyai 3 jenis permukaan yang berbeza iaitu trek rata, motocross  dan perlumbaan dan menggunakan motorsikal yang tertentu.  Pada awalnya “supermoto” adalah perlumbaan bagi juara-juara dari kelas yang berbeza (motocross, road racing and flat track) berlumba bagi merebut juara keseluruhan. Kini “supermoto” mempunyai kelas yang tersendiri dan tiada lagi juara dari kelas yang lain merebut gelaran juara “supermoto”.

Super Motard

Perlumbaan supermoto kebiasaannya diadakan di atas litar berturap (tarmac) go-kart dan digabung dengan sebagian kecil litar motrocross dengan kadar 70% berturap dan 30% motocross. Walau bagaimana pun di Malaysia buat masa ini, perlumbaan supermoto diadakan di litar ko-gart dimana 100% berturap (tarmac). Activiti supermoto di Malaysia agak meriah walaupun sukan ini masih baru.

Kini terdapat banyak jenis model didalam pasaran yang mampunyai spesifikasi supermoto antaranya:-

Dan banyak lagi model lain yang berkuasa tinggi antaranya : –

Tepuk dada tanya selera. Pelbagai model boleh diperolehi oleh peminat-peminat “supermoto” tanah air bermula dari harga RM 5000++ hingga ke puluhan ribu mengikut pembuat dan kapasiti enjin. Kesemua jenis motocross mempunyai kemampuan untuk diubah menjadi “supermoto”. Secara amnya sebuah motocross hanya perlu menukar rim dan tayar jalan (on road) untuk menjadi “supermoto”.

Kepada semua peminat “supermoto” tanah air, majulah sukan untuk negara.